RSS
email
3

pendahuluan laporan latihan industri

Pendahuluan

Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di mana-mana IPT haruslah menjalani latihan industri dalam tempoh masa yang ditetapkan salah sebuah firma yang telah dipilih oleh para pelajar dan telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pihak politeknik.
Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas pelajar IPT sebelum melayakkan untuk penganugerahan sijil/diploma daripada pihak kolej. Setiap pelajar mestilah lulus dalam menjalani latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester seterusnya. Antara objektif latihan industri adalah seperti berikut :

v Membina pesonaliti individu yang positif.
v Melatih kemahiran berkomunikasi.
v Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
v Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
v Mempelajari cara menghasilkan laporan harian latihan industri.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa Latihan Industri sebenarnya penting untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar. Sekaligus membentuk persediaan kepada pelajar untuk menghadapi realiti sebenar apabila menempuhi alam pekerjaan nanti.






Tujuan Laporan

Setelah tamat menjalani Latihan Industri di sesebuah firma, setiap pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh setiap pelajar sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

Laporan ini perlu dibuat kerana ianya merupakan satu dokumen yang penting untuk dijadikan bahan bukti terhadap latihan yang telah diikuti. Ini merupakan satu cara mendokumentasikan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang menjalani latihan. Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk temuduga kelak.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah yang berkaitan. Laporan yang telah disediakan ini mestilah difahami oleh pensyarah yang akan membuat penilaian serta rujukan terhadap laporan ini.


Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Industri yang telah dijalani oleh setiap pelajar mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antaranya ialah :

v Mempelajari infomasi dan teknologi baru dalam bidang pertanian dan seterusnya dapat membangunkan Negara.
v Mendapat pengetahuan tentang cara pentadbiran dan fungsi sebenar sesebuah organisasi kerajaan.
v Dapat mendalami ilmu kejuruteraan seperti kejenteraan, penanaman dan perancangan dalam memajukan pertanian.
v Dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran skil setiap individu dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan.
v Mendapat pengalaman dalam bidang yang diceburi sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
v Melengkapkan salah satu skema yang telah disyaratkan dalam penganugerahan sijil atau diploma kepada pelajar politeknik.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Latihan Industri yang telah dijalani oleh setiap pelajar mempunyai kepentingannya sendiri dan amat berguna sebelum menempohi alam pekerjaan.

Corak latihan dan tempat

Semasa mengikuti latihan industri di Celcom malaysia berhad. Saya telah ditempatkan di cawangan switch office bandar perda. Saya yang berada dibawah En Amriyusfarizal selaku penyelia latihan saya, menjalani latihan dibawah tunjuk ajar beliau. Latihan saya yang menjurus kepada informasi teknologi atau IT. Latihan saya yang lebih kepada teknologi maklumat memerlukan pengetahuan terkini dan saya sering diberi tunjuk ajar semasa melakukan latihan.

Jadual waktu bekerja

Semasa menjalani latihan industri di Celcom Malaysia berhad, saya diberi tempoh selama 4 bulan untuk menghabiskan latihan industri. Jadual waktu bekerja adalah seperti berikut:

Bermula 1 september-31 disember 2009,

Waktu Pejabat: 9.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat: 1.00 PM- 2.00 PM
Cuti: Sabtu dan Ahad
Read more
0

nissan

Read more
0

mitsubishi

Read more
0

mercedes

Read more
0

lamborghini

Read more
 

Friends

  • - *sYUkRi* Nie Syuk....Dia Nie Tua dh Pd Kami... Huhuhuhu.... diA nie Simple Jer... Line CleAr.... Org RanTau PnJang KelaNTan...
    15 years ago
  • july to december.... - Assalamualaikum readers... mukaddimah yang sangat menyejukkan hati....hari nie dtg mood nk menaip....yes...x nk ckp dh lama x bkak bnda alah nie...sbb mmg d...
    10 years ago